Assalamualaikum....salam satu Malaysia

Tujuan Blog ini di wujudkan adalah untuk memberi ruang dan peluang Sekolah Kebangsaan Wallace Bay,Tawau untuk di kenali oleh dunia luar....
Memandangkan kedudukan dan lokasi sekolah ini dikategorikan sebagai kawasan pedalaman....maka sekolah ini agak tersisih dari masyarakat luar...
Walaupun demikian...Sekolah ini tidak ketinggalan dari segi pembangunan kemudahan mau pun dalam kecemerlangan akademik...

Semakan Temuduga KPLSPM PISMP 2013



Calon lepasan SPM 2012 yang telah membuat permohonan bagi mengikuti program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi ambilan JUN 2013 dijadualkan boleh membuat semakan panggilan temuduga secara online pada 22 April 2013 menurut kalendar aktiviti aplikasi permohonan program perguruan
Namun ia tertakluk kepada perubahan semasa
aplikasi pismp 2013 semakan semakan temuduga keputusan maktab kplspm pismp 2013
Kepada yang berjaya di panggil untuk sesi temuduga, dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui laman sesawang KPM
kalendar aktiviti kplspm pismp 2013 semakan temuduga keputusan maktab kplspm pismp 2013
Kalendar aktiviti bagi permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2013 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa
Aplikasi semakan panggilan temu duga PISMP ambilan Jun 2013
Untuk membuat semakan adakah berjaya dipanggil untuk ditemuduga  pada tarikh rasmi yang diumumkan nanti sila layari (klik) http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm
Maklumat dan perhatian
Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga
Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad
Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG)
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan
Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri
Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG
Info lanjut
Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan

Kredit:infoharian

Tiada ulasan: