Assalamualaikum....salam satu Malaysia

Tujuan Blog ini di wujudkan adalah untuk memberi ruang dan peluang Sekolah Kebangsaan Wallace Bay,Tawau untuk di kenali oleh dunia luar....
Memandangkan kedudukan dan lokasi sekolah ini dikategorikan sebagai kawasan pedalaman....maka sekolah ini agak tersisih dari masyarakat luar...
Walaupun demikian...Sekolah ini tidak ketinggalan dari segi pembangunan kemudahan mau pun dalam kecemerlangan akademik...

Frasa di mana tidak boleh jadi penghubung ayat



PERKATAAN mana ialah kata ganti nama diri tanya. Selain perkataan mana, apa dan siapa juga tergolong ke dalam kata ganti nama diri tanya.
Mana ialah kata ganti nama yang merujuk benda atau orang. Apa merujuk benda dan perkara, dan siapa merujuk orang. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Apakah yang di dalam kotak itu?
2. Mana buah keranji yang saya bawa tadi?
3. Siapakah yang memenangi acara 100 meter lelaki?
Ketiga-tiga perkataan ini boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa rujukan tidak tentu atau penegasan. Misalnya: Apa menjadi apa-apa, mana menjadi mana-mana, dan siapa menjadi siapa-siapa (sesiapa).
Perhatikan perbezaan makna dalam ayat-ayat contoh berikut:
4. Tidak dibenarkan siapa-siapa pun masuk ke dalam dewan ini.
5. Pilihlah mana-mana buah delima yang kamu hendak.
6. Apa-apa yang baik, jadikanlah teladan.
Perkataan mana, apabila didepani oleh kata depan di menerbitkan frasa sendi nama yang merujuk tempat. Misalnya:
7. Di mana kita akan bermalam nanti?
Frasa di mana dalam ayat (7) merujuk tempat kita hendak bermalam.
Namun begitu, wujud pula kekerapan yang tinggi penggunaan frasa di mana ini sebagai kata hubung dalam ayat.
Dalam penulisan, dua ayat atau lebih dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan kata hubung sebagai ikatan; dan ayat gabungan yang terhasil ini dikenal sebagai ayat majmuk.
Dalam binaan ayat majmuk, kita perlu menggunakan kata hubung yang sesuai dengan maksud yang terkandung dalam ayat supaya ayat yang terbina itu gramatis.
Ayat yang dibina akan menjadi salah tatabahasanya jikalau kata hubung yang tidak sesuai digunakan.
Nampaknya, sudah menjadi satu kecenderungan pengguna bahasa, menggunakan frasa di mana sebagai penghubung antara dua ayat dalam penulisan dan pertuturan.
Dengan berdasarkan fungsi penggunaannya, jelaslah frasa di mana tidak boleh digunakan sebagai penghubung ayat kerana ayat yang terbentuk begitu janggal rasanya, malah ayat yang demikian bersifat keinggerisan.
Perhatikan ayat contoh berikut:
8. Wasiat merupakan satu-satunya cara di mana seseorang itu boleh memberikan hartanya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
9. Sesuatu perindustrian di mana barang-barang yang dikeluarkan mungkin beratus-ratus kilometer jauhnya daripada pengguna.
Ayat (8) boleh dibina tanpa menggunakan perkataan di mana. Malah, tanpa perkataan di mana, ayat itu sudah sempurna maksudnya. Ayat berkenaan boleh ditulis semula sebagai
8a. Wasiat merupakan satu-satunya cara seseorang itu boleh memberikan hartanya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Kata di mana dalam ayat (9) pula kelihatan diada-adakan, sedang frasa tersebut dapat digantikan dengan perkataan "tempat" yang lebih jelas dan tepat kepada makna ayat tersebut. Oleh itu, ayat (9) boleh ditulis semula sebagai:
9a. Sesuatu perindustrian tempat barang-barang dikeluarkan mungkin beratus-ratus kilometer jauhnya daripada pengguna.
Pengguna bahasa perlu faham bahawa bukan dalam semua kes frasa di mana tidak boleh hadir di pertengahan ayat.
Selain digunakan sebagai kata tanya, di mana boleh hadir di pertengahan ayat jika maksud ayat merujuk tempat. Misalnya:
10. Pembunuh itu memberitahu polis di mana senjata api itu dicampakkan.
11. Datuk tidak ingat di mana beliau meletakkan cermin matanya.
Demikian huraian ringkas tentang kesalahan penggunaan frasa di mana yang tidak mengikut aturan bahasa. Oleh itu, kuasailah aturan bahasa ini yang telah ditetapkan supaya kesalahan berbahasa dapat dielakkan.

Pelajar Dan Ibu Bapa Perlu Bijak


BB1M atau Baucer Buku 1 Malaysia merupakan salah satu daripada transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Ahmad Najib bin Tun Abdul Razak dalam usaha meringkan beban rakyat khususnya para pelajar.
IMG03190-20130221-1709
Baucer Buku 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lepas oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen telah banyak membantu para pelajar untuk perbelanjaan dan pembelian bahan-bahan ilmiah khususnya buku-buku berkaitan pengajian.
Pada tahun lalu, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM260 juta untuk diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar. Inisiatif ini dirangka adalah untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September 2012 di Parlimen, Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM325 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian baucar buku berjumlah RM250 setiap pelajar pada tahun ini.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar di seluruh negara dalam membantu meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian di samping memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.
Adalah diharapkan Baucar Buku 1 Malaysia akan melahirkan para pelajar yang lebih cemerlang dalam membentuk generasi yang lebih berpengetahuan, pea tentang perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan melalui buku-buku yang terdapat di kedai-kedai terpilih di seluruh negara.
book-room 

Kredit : puteriMelayu

Pantun


Bahan Bantu Mengajar

LAGU SIMPULAN BAHASA
Ambil berat , ambil tahu
Ambil tahu tentang sesuatu
Campur tangan , masuk campur
Masuk campur sesuatu urusan
Hidung tinggi bersikap sombong
Keras hati sangat degil
Ringan mulut suka bercakap
Muka tembok tak tahu malu
Cari jalan cari cara selesaikan masalah
Buah tangan sebagai hadiah
Ada bakat berkebolehan
Ambil hati berasa kecewa
Terhadap kata seseorang
Ada hati ada kemahuan
Murah hati suka beri bantuan
Tanda hati hadiah kenangan
Besar hati berasa bangga terhadap pertolongan

15 sekolah layak sertai cabaran alam sekitar
ADaP, Utusan Malaysia 28/3/2013
15 sekolah layak sertai cabaran alam sekitar
ADaP, Utusan Malaysia 28/3/2013

Semai Sifat Rendah Diri Dan Hormat Guru



Sikap, tingkah laku dan perangai segelintir pelajar di sekolah hari ini sangat menyedihkan serta cukup membimbangkan. Mereka bukan saja terbabit gejala ponteng, pergaulan bebas tiru budaya Barat, penagihan dadah, pergaduhan, membuli bahkan ada yang berani mencederakan guru. 

Seakan lenyap sudah rasa kasih sayang, hormat dan kecenderungan ingin memuliakan guru di jiwa mereka. 
Akhlak buruk ini tidak sedikit pun mencerminkan keperibadian murni seorang pelajar Islam. Islam sememangnya sangat menitikberatkan soal adab pelajar terhadap gurunya. 
Setiap kita yang menerima ilmu pengetahuan dari guru, menjadi satu kewajipan menghormati dan memuliakannya. Walaupun apa yang diajar itu hanya satu perkara kecil, patut mengiktirafkan dirinya sebagai guru. 
Saidina Ali berkata: “Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan (guru) kepada ku.” 

Tugas guru murni 
Seorang pelajar haruslah menyedari kedudukan guru mulia di sisi Allah SWT kerana tugas guru sangat murni, membawa manusia daripada kejahilan menuju kebijaksanaan dan berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. 

Dengan adanya ilmu, menjadikan kehidupan sempurna bahkan negara berada di puncak kemajuan lantaran masyarakatnya berilmu pengetahuan. Ada sesetengah ulama mengatakan, guru umpama pelita zaman. Tiap seorang daripada mereka adalah pelita yang menyinari ahli zamannya. 
Lantaran itulah, memuliakan dan mengagungkan guru termasuk perkara yang dianjurkan Islam seperti sabda Rasulullah SAW: “Bukanlah termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua, tidak menyayangi yang muda dan tidak mengerti hak ulama kami.” (Riwayat Ahmad) 

Sepadan dengan hadis itu, Imam Nawawi pernah menyarankan seorang pelajar memperhatikan gurunya dengan pandangan penghormatan. 

Contohi Imam Syafie 

Kita patut mencontohi Imam Syafie menghormati guru. Suatu waktu, Imam Syafie yang sedang mengajar lantas bangun lalu memeluk seorang Badwi yang selekeh dan nampak susuk tubuhnya tak terurus dengan sempurna yang baru tiba. 

Perbuatan Imam Syafie tadi sudah tentu menghairankan pelajarnya. Imam Syafie memberi hormat dengan cara memeluk si Badwi tadi kerana telah mengajarnya perihal anjing. Badwi itu pernah menerangkan kepada Imam Syafie, anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya ketika kencing. 

Dengan penerangan itu, dapatlah Imam Syafie menyudahkan mengarang kitab fiqh setelah menghadapi satu kesulitan untuk membezakan antara anjing cukup umur dengan anjing yang belum cukup umurnya. 

Malangnya ada sebilangan pelajar yang melenting marah dan meluat apabila guru menegur atau memberi nasihat. Tindakan demikian bukan saja tidak dapat membina diri menjadi insan berguna, tapi lebih menyerlahkan sikap biadap yang didorong hawa nafsu dan dimurkai Allah SWT. 

Teguran tanda sayang 

Sepatutnya pelajar banyak bersabar, mendengar dengan rendah hati serta mematuhinya dan berterima kasih kerana guru telah memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya. Anggaplah marah dan teguran tanda sayang seorang guru terhadap muridnya. 

Enggan menerima nasihat menunjukkan sifat keras hati dan tinggi diri. Bukankah ilmu baru dapat dimiliki jika selalu merendah diri seperti diungkapkan Imam Ghazali: “Ilmu itu hanya akan diperoleh dengan merendahkan diri dan memerhatikannya.” 

Sikap sesetengah ibu bapa hari ini yang tidak suka anaknya dijentik, didenda dan dirotan guru di sekolah atas salah laku tertentu boleh membantutkan proses pendidikan anak-anak. Tindakan sebegini bukanlah tanda sayang kepada anak tetapi hanya menggalakkan mereka melanggar disiplin. 

Kita selaku ibu bapa harus elakkan bersikap sombong, sebaliknya mempercayai kepakaran guru mendidik anak ke arah kebaikan. Dengan demikian, nescaya terbinalah anak tadi sebagai seorang insan yang berguna dan berjaya di dunia serta akhirat.
Credit: Mohd Adid Ab Rahman

Permohonan Ke Universiti



Panduan mengisi borang  permohonan UPU Online
  • Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier –  http://upu.mohe.gov.my
  • Baca Manual Panduan Mengisi Borang di  [ sini ]
PERMOHONAN
  • Login
Klik butang permohonan pada menu utama
i. Masukan butiran berikut (muka depan):
  • Nombor Kad Pengenalan/ MyKad;
  • Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan;
  • Nombor Unik ID;
    • Calon perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli sendiri dengan bayaran RM 10.60  di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
    • Jangan dedahkan Nombor Unik ID anda kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
  • Kata laluan (6- 8 aksara/ alphanumeric) dan pengesahan kata laluan;
  • Nama Ibu
  • Kategori Permohonan; dan
  • Kod Imej.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
A. MAKLUMAT PERIBADI
No. Kad Pengenalan/MyKad, No. Kad Pengenalan/MyKad (Bapa/Penjaga), No Kad Pengenalan/MyKad (Ibu), Nama, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Alamat Surat-menyurat, Bandar, Poskod, Negeri, No. Telefon Rumah, No. Telefon Bimbit, E-mel, Taraf Perkahwinan, Kecacatan, Maklumat Kecacatan dan Penyakit.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
B. MAKLUMAT PEKERJAAN & PENDAPATAN KELUARGA
Status Pekerjaan Bapa/Penjaga/Ibu/Pemohon, Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon, Pendapatan Keluarga, Tanggungan Keluarga, Tempat Tinggal, No. LHDN (Bapa/Ibu/Penjaga)
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
C. MAKLUMAT AKADEMIK & KATEGORI PERMOHONAN

Kelayakan Pemohon, Jenis Sekolah, Kod Sekolah, Angka Gilir SPM dan Tahun SPM
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
D. MAKLUMAT KOKURIKULUM SPM/SETARAF
CGPA Kokurikulum, Sukan/ Permainan, Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, Jawatan, Tahap Penglibatan, Jenis Kejohanan dan Penganugerahan Sijil.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
E. MAKLUMAT PILIHAN PROGRAM
      1. Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan
      2. Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan
        • Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian.
        • Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan.
Program Pengajian Bertemuduga
Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 1 hingga 4 sahaja.
Pernyataan Ya atau Tidak
Menerima Tawaran Luar Pilihan
KEMASUKAN KE TEVT & ILKA
Pernyataan Ya atau Tidak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke TEVT (Politeknik Konvensional) & ILKA
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
G. LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN
Pernyataan Ya atau Tidak
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
  • Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN
  • Maklumat Permohonan Diberikan Kepada Pihak Ketiga
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT
Paparan semua maklumat yang telah diisi akan dipaparkan
Semak semua maklumat yang telah diisi
  • Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem
  • Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
CARTA ALIR PERMOHONAN UPU ONLINE – di sini

hehehe


TAHUN 2013
PENGGAL
MULA PERSEKOLAHAN
AKHIR PERSEKOLAHAN
JUMLAH HARI
JUMLAH MINGGU
01.01.2013
31.01.2013
23
01.02.2013
28.02.2013
20
01.03.2013
21.03.2013
15
58
22.03.2013
30.03.2013
9
31.03.2013
1
01.04.2013
30.04.2013
22
01.05.2013
23.05.2013
17
40
24.05.2013
08.06.2013
16
09.06.2013
30.06.2013
16
01.07.2013
31.07.2013
23
01.08.2013
05.08.2013
3
42
06.08.2013
17.08.2013
12
18.08.2013
31.08.2013
10
01.09.2013
30.09.2013
22
01.10.2013
31.10.2013
23
01.11.2013
14.11.2013
10
65
15.11.2013
31.12.2013
47
289
52
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
205
Jumlah Hari Cuti Penggal
84
PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
8
JUMLAH HARI
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
2
1
12
JUMLAH HARI
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
1
2
9
JUMLAH HARI
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
1
CUTI AKHIR TAHUN
6
13
JUMLAH HARI
TAHUN 2013
PENGGAL
MULA
PERSEKOLAHAN
AKHIR
PERSEKOLAHAN
JUMLAH
HARI
JUMLAH
MINGGU
02.01.2013 31.01.2013 22
01.02.2013 28.02.2013 20
01.03.2013 22.03.2013 16
58
23.03.2013 31.03.2013 9
01.04.2013 30.04.2013 22
01.05.2013 24.05.2013 18
40
25.05.2013 09.06.2013 16
10.06.2013 30.06.2013 15
01.07.2013 31.07.2013 23
01.08.2013 06.08.2013 4
42
07.08.2013 18.08.2013 12
19.08.2013 31.08.2013 10
01.09.2013 30.09.2013 21
01.10.2013 31.10.2013 23
01.11.2013 15.11.2013 11
65
16.11.2013 01.01.2014 47
289 52
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 205
Jumlah Hari Cuti Penggal 84
PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
8
JUMLAH HARI
1
12
JUMLAH HARI
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
1
2
9
JUMLAH HARI
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
1
CUTI AKHIR TAHUN
6
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
2
13
JUMLAH HARI

SAPBS


MAKLUMAN DAN PEMBERITAHUAN 07 MAC 2013
MAKLUMAN KEPADA :
SEMUA PENGURUS SEKOLAH MENENGAH/RENDAH, DAERAH TAWAU.
TINDAKAN :
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DALAMAN (SURAT SIARAN 1)
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN PBS (SURAT SIARAN II)
Tuan/Puan,
Lampiran surat siaran berkaitan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan telah diemel ke emel rasmi sekolah tuan/puan. Tuan/puan juga boleh muat turun surat siaran berkaitan melalui pautan berikut :
Sebarang pertanyaan berkaitan sila berhubung terus dengan Pn. Siow Lee Kian (Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Tawau).
Perhatian serta kerjasama tuan/puan amat kami hargai. Terima Kasih.
UNIT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH,
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAWAU.

Pengemaskinian e-operasi


MAKLUMAN DAN PEMBERITAHUAN 11 FEBRUARI 2013
MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
Pengemaskinian aplikasi e-operasi oleh Penolong Kanan Pentadbiran boleh dilakukan bermula pada 1 Mac 2013 sehingga 31 Mac 2013.
Maklumat lanjut berkaitan perkara tersebut boleh diajukan kepada En. Mohamad Bin Nusu (Unit Pengurusan Sekolah- Rendah) atau En. Mohd Azreen Bin Abas (Unit Pengurusan Sekolah - Menengah).
Perhatian dan kerjasama dari tuan/puan amat kami hargai.
Terima Kasih.
Hebahan Unit Pengurusan Sekolah,
Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.

Kenaikkan Pangkat


MAKLUMAN DAN PEMBERITAHUAN 28 FEBRUARI 2013
Dengan hormatnya merujuk kepada surat siaran dari Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Ruj:JP(SB)(S)/900(08)/100/32/04/01 Jld.3(21) bertarikh 18 Februari 2013.
1. Penyelia Asrama GredN17 ke Gred N22 – Iklan dibuka 01 Februari 2013 ditutup 24 Mac 2013
2. Pemandu Kenderaan Gred R3 ke Gred R6 – 18 Februari 2013 ditutup 31 Mac 2013
Makluman lanjut sila berhubung dengan Pn. Yanti Rahman (Unit Perjawatan, Pejabat Pelajaran Daerah Tawau).
Perhatian serta kerjasama tuan/puan amat dihargai.
UNIT PENTADBIRAN/UNIT PERJAWATAN,
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAWAU.

Anugerah Pendidikan Sains "torays"


MAKLUMAN DAN PEMBERITAHUAN 06 MAC 2013
ANUGERAH PENDIDIKAN SAINS TORAY 2013
Surat siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia No. Ruj. KP(BPSH-SPSM)302/02/02/10 Jld.4 (37) bertarikh 9 Januari 2013 untuk perhatian dan tindakan pihak tuan boleh dimuat turun melalui hebahan emel dan pautan berikut :
Lampiran | Surat Siaran
Keterangan dan makluman lanjut sila berhubung dengan En. Abdul Majis Bin Hj Saprin Ketua Unit Sains Dan Matematik, Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.
Perhatian serta kerjasama tuan/puan amat kami hargai.
Terima Kasih.
UNIT SAINS DAN MATEMATIK,
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAWAU.

EMIS online



MAKLUMAN DAN PEMBERITAHUAN 27 FEBRUARI 2013

MAKLUMAN GDM DAERAH TAWAU,
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat JPN Sabah Bil 3/2012. Pemantauan berkaitan login pengemaskinian perlu dilakukan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Tawau. Sebagai tindakan susulan dilampirkan Prestasi Login Pengemaskinian Emisonline bagi bulan Januari dan Februari 2013.
Klik Pautan Gambar | Atau Klik > | Senarai Penuh
Keprihatinan tuan/puan terhadap pengisian ketepatan data amat kami hargai. Terima Kasih.
Integriti | Profesionalisme | Prihatin | Semangat Berpasukan | Inovatif
UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT,
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAWAU.

Bahan Headcount


MAKLUMAN DAN PEMBERITAHUAN 06 MAC 2013

Bahan Headcount PBS HC SK, HC SJKC, HC SM 2013. Bahan berkaitan boleh dimuat turun melalui hebahan emel dan pautan berikut :
Klik Lampiran Muat Turun | 1. HC SJKC 2. HC SK 3. HC SM(PMR) 4. HC SM(SPM)
Keterangan dan makluman lanjut sila berhubung dengan Pn. Siow Lee Kian Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.

Perhatian serta kerjasama tuan/puan amat kami hargai.
Terima Kasih.
UNIT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH,
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAWAU.

PROBIM 2013


MAKLUMAN DAN PEMBERITAHUAN 06 MAC 2013
PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN MENGIRA (PROBIM) BAGI TAHUN 2013
Surat siaran dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah No. Ruj. JP(SB)/600(03)700/3(11) bertarikh 1 Mac 2013 untuk perhatian dan tindakan pihak tuan boleh dimuat turun melalui hebahan emel dan pautan berikut :
Lampiran | Surat Siaran
Keterangan dan makluman lanjut sila berhubung dengan En. Abdul Majis Bin Hj Saprin Ketua Unit Sains Dan Matematik, Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.
Perhatian serta kerjasama tuan/puan amat kami hargai.
Terima Kasih.
UNIT SAINS DAN MATEMATIK,
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAWAU.