Assalamualaikum....salam satu Malaysia

Tujuan Blog ini di wujudkan adalah untuk memberi ruang dan peluang Sekolah Kebangsaan Wallace Bay,Tawau untuk di kenali oleh dunia luar....
Memandangkan kedudukan dan lokasi sekolah ini dikategorikan sebagai kawasan pedalaman....maka sekolah ini agak tersisih dari masyarakat luar...
Walaupun demikian...Sekolah ini tidak ketinggalan dari segi pembangunan kemudahan mau pun dalam kecemerlangan akademik...

Pelajar Dan Ibu Bapa Perlu Bijak


BB1M atau Baucer Buku 1 Malaysia merupakan salah satu daripada transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Ahmad Najib bin Tun Abdul Razak dalam usaha meringkan beban rakyat khususnya para pelajar.
IMG03190-20130221-1709
Baucer Buku 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lepas oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen telah banyak membantu para pelajar untuk perbelanjaan dan pembelian bahan-bahan ilmiah khususnya buku-buku berkaitan pengajian.
Pada tahun lalu, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM260 juta untuk diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar. Inisiatif ini dirangka adalah untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September 2012 di Parlimen, Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM325 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian baucar buku berjumlah RM250 setiap pelajar pada tahun ini.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar di seluruh negara dalam membantu meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian di samping memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.
Adalah diharapkan Baucar Buku 1 Malaysia akan melahirkan para pelajar yang lebih cemerlang dalam membentuk generasi yang lebih berpengetahuan, pea tentang perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan melalui buku-buku yang terdapat di kedai-kedai terpilih di seluruh negara.
book-room 

Kredit : puteriMelayu

Tiada ulasan: